Video muzik ‘Goyang Upin & Ipin’ yang baru sahaja dimuatnaik di YouTube, nyata telah mencipta satu fenomena tersendiri.

Manakan tidaknya, dalam masa 24 jam ia dimuatnaik, ia telah berjaya mencatat lebih 1 juta tontonan pada Selasa.
Advertisement

Tambah lagi, hashtag #goyangupinipin juga menjadi trending di laman sosial, khasnya Tik Tok, lagi-lagi di negara jiran, Indonesia.
#GoyangUpinIpin trending di TikTok pic.twitter.com/yBCLpGysLW
— Les' Copaque (@lescopaque) August 3, 2020
Tutorial #goyangupinipin pic.twitter.com/sgGzHJVS2M
— Les' Copaque (@lescopaque) August 4, 2020
Menggunakan irama dangdut sebagai tema, video berdurasi 5 minit itu sehingga kini telah mencatatkan jumlah tontonan melebihi 2.6 juta dengan lebih 70 ribu tanda suka.
Video ini juga dikatakan video muzik tempatan kedua yang berjaya mencatat tontonan melebihi 1 juta dalam tempoh 24 jam, selepas Sufian Suhaimi melakukannya pada 2018 menerusi lagu Di Matamu.
Sumber: YouTube / Awani