Skip to main content

Advertisement

Hiburan

GSC Ambil Tindakan Terhadap Adik Neelofa Kerana Rakam Filem House Of Gucci Di IG Story

gsc ambil tindakan terhadap adik neelofa kerana rakam filem house of gucci di ig story

Tular sebuah video di media social memaparkan adik kepada Neelofa, Little Miss Khan merakam dan memuatnaik sedutan filem House Of Gucci di laman Instagramnya.

Advertisement

Atas tindakannya itu, Golden Screen Cinemas telah mengambil Tindakan. ‘’Merakam kandungan filem adalah dilarang sama sekali. Kami memandang isu ini secara serius dan sudah melaporkan insiden ini kepada pemilik hak cipta untuk tindakan lanjut, terima kasih kerana melaporkan perkara ini.

‘’Pemilik hak cipta, United International Pictures (UIP) juga sedia maklum akan insiden ini dan akan mengambil tindakan selanjutnya,’’ katanya.

 

Pengguna twitter, Aysha Ridzuan memuatnaik status mempersoalkan Tindakan adik Neelofa yang memuatnaik sedutan filem House Of Gucci di Instagram Stories. Rata-rata netizen juga berang dengan tindakan ini sehingga mendapat perhatian dari pihak GSC.

Kredit Astro Awani

ERA Muzik Hit Terkini