Skip to main content

Advertisement

Hiburan

''Kalau Aku Mati Tolong Kebumikan Aku Tau?'', Gurauan Abam Pada Achey Buat Ramai Tersentuh

Semalam kita dikejutkan dengan berita anggota kumpulan Bocey, iaitu Abam, meninggal dunia selepas mengadu demam dan sakit kepala sejak beberapa hari lalu.

Advertisement

Allahyarham Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak pada pagi Isnin, sebelum jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Zakaria, Gombak Utara dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sungai Pusu petang semalam.

Rakan sepasukan dalam kumpulan Bocey, iaitu Achey telah berkongsi satu paparan mesej yang sempat ditulis oleh Allahyarham sempena hari lahirnya sebelum ini.

"Terima kasih sahabat. Love you so much. Semoga kita kekal sampai mati.

"Fad, Achey kalau aku mati tolong kebumikan aku tau?", balas Allahyarham pada ruangan komen.

Perkongsian oleh Achey ini nyata membuatkan ramai bersedih sambil memberikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergian ini.

Al-Fatihah Abam.

Sumber: Instagram

ERA Muzik Hit Terkini