Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Hafidz Roshdi Dedah Terima Rawatan Gangguan Bipolar

Pelakon sensasi Hafidz Roshdi dedahkan dirinya terima rawatan gangguan bipolar iaitu perubahan emosi melampau di Hospital Shah Alam, Shah Alam sejak tiga tahun lalu.

Dia berkongsikan kesihatan mentalnya kini stabil tetapi masih perlu mendapatkan rawatan susulan di hospital sewaktu di Mahkamah Majistret, hari ini.

Advertisement

“Saya sudah rujuk dengan pihak hospital untuk masalah kesihatan mental saya iaitu bipolar sejak tiga tahun lalu. Saya perlu dapatkan rawatan dan preskripsi ubat selain perlu memeriksa kestabilan hormon” jelas Hafidz.

hafidz roshdi dedah terima rawatan gangguan bipolar

Mahkamah Majistret telah menetapkan 6 dan 7 Februari 2024 bagi tarikh perbicaraan Hafidz atas dakwaan mencederakan bekas isterinya pada Mac lepas.

Semoga segala urusan Hafidz dipermudahkan.

Sumber Kosmo

ERA Muzik Hit Terkini