Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Hafidz Roshdi Dakwa Shuhada Sengaja Gugurkan Kandungannya

Konflik rumah tangga antara pelakon Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada Mohd Shukri masih berterusan apabila pelakon itu memaklumkan telah melaporkan wanita tersebut kepada pihak polis.

Pelakon itu  juga membuat laporan polis kerana isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri meminta kos untuk menggugurkan kandungan. Tambah Hafidz, beliau mempunyai bukti disebalik dakwaannya itu.

Advertisement

 

Dalam pada itu, sebutan cerai Hafidz dan Shuhada telah ditangguhkan pada 20 Jun nanti. Shuhada akui kesal apabila prosiding lafaz cerai yang sepatutnya berlangsung hari ini ditangguhkan ke 20 Jun depan kerana beliau sudah bersedia untuk menyelesaikan konflik rumah tangga bersama suami, namun reda apabila gagal menemui jalan penyelesaian.

Sebelum ini, Shuhada telah mendedahkan kecurangan pelakon tersebut dengan seorang wanita. pelakon berkenaan juga dikatakan telah mencederakan Shuhada sehingga wanita itu menerima 10 jahitan di muka.

ERA Muzik Hit Terkini