Penyanyi, Hafiz Hamidun mengesahkan bahawa beliau kini sedang mulai rapat dengan seorang wanita dari Indonesia yang berstatus janda.

Dipetik daripada Gempak, penyanyi berusia 35 tahun itu memberitahu bahawa beliau mulai berkenalan rapat dengan wanita berkenaan sejak beberapa bulan lalu.
Advertisement
"Kami dalam proses perkenalan memandangkan jarak kami jauh, jadi tak boleh nak berjumpa selalu.
"Saya tiada halangan pun nak berkawan dengan sesiapa tak kira dalam negara atau luar negara.
"Nak kata hubungan istimewa rasanya terlalu cepat sebab kami baru bertemu beberapa kali, itu pun bersama keluarganya sekali. Jadi, apa yang boleh saya katakan kami dalam fasa perkenalan.
"Saya banyak berkolaborasi dengan komposer dan penyanyi Indonesia jadi kami merupakan kenalan antara kenalan. Apabila bersembang pun saya rasa ada keserasian antara kami.
"Tetapi untuk mengelakkan pisang berbuah dua kali, lebih baik saya yakinkan dia pilihan yang betul. Kalau ada jodoh, adalah...
"Buat masa ini kami selesa berkawan dan seronok berkongsi pandangan mengenai negara masing-masing," , katanya pada Gempak.

Wanita berusia 20-an itu juga merupakan seorang usahawan wanita popular di Indonesia dengan jumlah pengikut di Instagram mencecah jutaan.

Siapa agaknya gerangan wanita itu ya?
Sumber: Gempak
