
Bukan mudah untuk berjauhan dengan orang yang kita sayang atas tuntutan kerja. Begitu juga Hairul Hazrin yang kini sedang menjalani penggambaran filem Paskal.
Advertisement
Kalau melihat Instagram Hairul, selain daripada memuat naik video dan gambarnya menjalani penggambaran, dia juga kerap memuat naik video dan gambar Hanis Zalikha serta anaknya, Yusuf dengan kapsyen "I miss you".
Menurut kapsyen di IG, selepas menjalani latihan dan kini penggambaran yang memakan masa berbulan-bulan, dia sedar tanggungjawab dan pengorbanan yang dilakukan semua ahli tentera. Hairul kini sudah sebulan tak berjumpa Hanis dan Yusuf serta keluarganya yang lain.
Sumber: Instagram @hairulhazrin
