Demam Keke Chellenge belum reda, muncul pula #hajatdancechallenge yang diilhamkan daripada lagu Hajat nyanyian Hael Husaini.
Lagu tu baru je dimuat naik di YouTube beberapa hari, tetapi tontonan dah lebih 1.3 juta, no 1 paling trending tu. Yang membezakan lagu Hajat berbanding lagu-lagu Hael Husaini sebelum ini ialah aksi tarian yang ditampilkan bersama dua pelawak Malaysia iaitu Sherry Alhadad dan Syuhaida Abraz (Dottie) dengan penampilan khas bintang Thailand Happy Polla.
