Personaliti ERA, Hani Fadzil hari baru-baru ini terkejut apabila menerima kiriman mesej daripada individu yang tidak dikenali untuk membunuhnya.
Hal ini terjadi ekoran tindakan Hani yang menyunting sekeping foto bersama salah seorang anggota BTS, Namjoon beberapa hari lalu.
Advertisement

Menerusi akaun Instagram beliau, Hani berkongsikan screenshot pesanan daripada individu terbabit. Mereka menyatakan ketidakpuasan hati dan bertindak agresif hingga mengugut untuk menumbuk, menendang dan menampar Hani sehingga mati.
"Menjadi seorang peminat K-pop selama 12 tahun saya sangat terperanjat dengan cara segelintir peminat sekarang.
"Saya bangun tidur dan mendapat paparan skrin teks perbualan ini dan sangat terkejut dengan isi kandungannya.
"Ada yang nak tumbuk saya sampai mati? I edit my photos for fun, tak sangka ada yang triggered.
"So I truly apologise on my side kalau ada yang tidak berpuas hati. Mungkin ada yg akan cakap 'ni mesti budak lagi, tak payah layan'.
"But they need to know that wanting someone to 'mati' is a serious matter and not something to joke about.
"These kind of texts can pass as a threat to myself & security as well so I will get it reported." kongsi Hani menerusi akaun Instagramnya.
Perkongsian itu mendapat perhatian orang ramai khususnya peminat setiap K-pop yang kecewa dengan tindakan segelintir peminat seperti ini.
