Sejak daripada tahun 2017, personaliti ERA, Haniff Hamzah akan menyahut cabaran untuk melakukan pekerjaan yang sukar dilakukan, khususnya pada bulan Ramadan.
Advertisement
Tahun ini, Haniff sekali lagi mencabar dirinya untuk merasai sendiri pengalaman mengutip sampah disekitar Kuala Lumpur.

Seawal jam 6.30 pagi, Haniff turun bersama beberapa pekerja Alam Flora untuk membersihkan kawasan longgokan sampah di jalan Chow Kit dan kawasan sekitarnya.
Sebagai peringatan pada diri sendiri.
#HaniffGetsDirty.
Banyak kali kena halau, sebab lembap
Rata-rata komen memuji tindakan Haniff dan memberikan sokongan padanya kerana sanggup melakukan pekerjaan seperti ini, lebih-lebih lagi pada bulan yang mulia ini.



