Ekoran daripada teka-teki dan percaturan politik Malaysia, pihak media dilihat bertungkus-lumus memberikan liputan terbaik kepada orang ramai tanpa mengira waktu.

Advertisement
Hari ini, Haniff dan Ray sempat meluangkan masa turun diperkarangan Istana Negara bagi memberikan makanan percuma kepada pihak media atas komitmen yang mereka berikan bagi menyampaikan perkembangan terkini politik tanah air.

Menjengah ke ruangan Twitter, Haniff mengakui ia bukanlah satu tugasan yang mudah kerana perlu berpanas dibawah terik matahari bagi memberikan liputan yang terbaik.
Harini jumpa dgn rakan2 media yg 2 3 hari ni memberikan kita liputan tentang keadaan semasa negara. 10 minit je aku kat sini dah peluh. Imagine yg memang berada di lokasi liputan lebih 12jam at one time. Ini kami di Pintu Masuk 2 Istana Negara bagi nasi lemak, bihun dengan air. pic.twitter.com/0apMXr7ZIM
— Haniff Hamzah (@Haniff_hamzah) February 25, 2020
Semalam, Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyumbang santapan ayam goreng buat para media yang sedang bertugas di Pintu 2 Istana Negara.
