Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Hans Isaac Dilantik Sebagai Pengerusi Finas

hans isaac dilantik sebagai pengerusi finasKomunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo mengumumkan Datuk Gerald Hans Isaac dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berkuatkuasa pada 8 April,.

 "Beliau (Hans Isaac) mempunyai pengalaman luas dalam bidang perfileman. Beliau telah menerima pelbagai anugerah dalam industri perfileman tempatan,"

Advertisement

Hans Isaac sebelum ini pernah menjadi anggota Lembaga Penasihat Finas serta anggota lembaga Persatuan Penerbit Filem Malaysia pada  2012.

Gobind menerangkan pelantikan Hans Isaac berdasarkan peruntukan dalam Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 bagi menggantikan Datuk Samsuni Mohd Nor yang  menjalankan tugas sebagai pemangku Pengerusi Finas selama lebih empat bulan yang lalu.

"Kementerian berharap pengerusi yang baharu ini akan berkhidmat untuk meningkatkan usaha-usaha Finas bagi membangunkan industri ini," kata Gobind.

Beliau juga berharap anggota lembaga Finas akan memberikan kerjasama yang penuh kepada pengerusi baharu dalam melaksanakan pembaharuan berdasarkan hala tuju kerajaan.

Sumber Bernama.

ERA Muzik Hit Terkini