Dipetik daripada Astro Shaw
HANTU KAK LIMAH CIPTA DIMENSI BARU RAIH RM32.5 JUTA!
Buat julung kali dalam lipatan sejarah perfileman tanah air menyaksikan filem tempatan berjaya meraih kutipan pecah panggung RM32.5 juta menerusi filem Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid.

Pihak penerbit Astro Shaw dan Infinitus Gold sama sekali tidak menjangkakan sambutan Hantu Kak Limah mampu pergi sejauh ini dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia, Brunei dan Singapura kerana menyokong filem ini. Malah, menariknya, ramai penonton yang sudah menyaksikan filem ini lebih dari 7 kali. Ternyata filem ini adalah untuk hiburan sekeluarga.

