Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Haqiem Rusli Mohon Doa Buat Isteri

Penyanyi Haqiem Rusli memuat naik video isterinya, Anis Sofea di laman Instagram yang mengenakan tudung dengan kapsyen meminta orang ramai untuk mendoakan perkara yang baik-baik. 

 

Advertisement


“Sayang Akem, tidak kira bagaimana sakitnya, bersabarlah. Keadaan akan menjadi lebih baik. Awak melalui fasa naik turun bersama saya. Kami saling mencintai. Saya cintakan awak. Doakan untuk kami yang baik-baik sahaja” ujarnya. 


Seperti sedia maklum, Anis Sofea telah membuat keputusan untuk membuka hijab pada April lalu. Lantaran daripada kes itu, Haqiem telah tidak berkongsi gambar bersama isterinya.

Ramai yang turut mendoakan kebahagiaan rumah tangga Haqien dan Anis. Malah ibu kepada Haqiem, Nazrah Nordin juga turut meninggalkan kata-kata baik di ruang komen.


“Mak sentiasa doakan yang baik-baik untuk kedua-dua anak mak. Amin. Cantiknya begini” komen Nazrah.

Semoga segala urusan buat kedua pasangan ini dipermudahkan.

ERA Muzik Hit Terkini