Penyanyi yang berbakat besar berusia 19 tahun, Haqiem Rusli akhirnya berjaya merealisasikan hajat untuk memiliki kereta sedan pertama yang diidamkan jenis Mitsubishi Lancer.

Kereta yang dibeli secara tunai itu adalah hasil titik peluhnya yang dikumpul sedikit demi sedikit.
Advertisement
Menurut Astro Awani, pada mulanya ibu Haqiem menyarankan agar membeli kereta tersebut, walaupun pada mulanya beliau berkenan dengan Honda City.
Ruangan komen di Instagram Haqiem Rusli juga mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata memuji penyanyi tersebut kerana bijak menguruskan kewangan.

Tambah lagi, Haqiem Rusli bercadang membuka francais burger sendiri yang diberi nama Haqiem Burger dan akan membuka cawangan di Times Square, Kuala Lumpur.
Sumber: Astro Awani / Media Hiburan