Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Haqiem Rusli Luah Hasrat Ingin Berlakon Tapi Tak Mahu Adegan Pegang-Pegang

Penyanyi, Haqiem Rusli meluahkan hasrat ingin berlakon filem, namun tidak akan sesekali melakukan babak bersentuhan dengan pelakon wanita.

haqiem rusli luah hasrat ingin berlakon tapi tak mahu adegan pegang-pegang

Advertisement

Menurut pemilik nama sebenar Ridzuan Haqiem Rusli, beliau tetap dengan prinsipnya itu jika berdepan dengan situasi sedemikian andai terbabit dalam dunia lakonan suatu hari nanti.

Katanya, keinginan untuk berlakon itu tercetus selepas beliau berborak bersama Datuk Rosyam Nor baru-baru ini yang menceritakan pengalamannya dalam dunia lakonan.

“Saya mahu tunjukkan sisi berbeza diri yang bukan sekadar seorang penyanyi sahaja.

"Bagaimanapun, sekiranya membabitkan babak seperti berpegangan tangan dengan pelakon wanita, saya takkan buat. Saya akan berjuang untuk perkara itu disebabkan mahu mengekalkan prinsip diri saya," katanya.

haqiem rusli luah hasrat ingin berlakon tapi tak mahu adegan pegang-pegang

Menurut penyanyi dan komposer berusia 22 tahun ini lagi, beliau ada menghubungi pengarah Syamsul Yusof bagi menawarkan diri untuk berlakon.

"Saya pilih Syamsul kerana memang suka dengan filem-filemnya dan berhasrat juga nak bekerja dengan dia. Bagi saya, dia sangat santai dan senang berborak berbanding takut pula jika berbual dengan pengarah lain yang lebih senior," katanya.

Sumber: [1]

ERA Muzik Hit Terkini