Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter @sapiksam_ telah berkongsi video pendek menunjukkan penyanyi, Haqiem Rusli sedang membaca ayat suci Al-Quran pada waktu tengah malam.

Advertisement
Menurutnya, video yang dirakamkan secara senyap-senyap itu jelas menunjukkan penyanyi berusia 21 tahun itu sedang mengaji Al-Quran walaupun ketika itu pemuda terbabit sedang lena tidur.
“Tengah lena diulit mimpi, ingat kan apa yg terang td pastu ada bunyi org mengaji. Toleh2 adui segan rasanya.
“Waktu mcm ni dia luangkan masa nya dgn sang pencipta, Allahu. sorry", tulis lelaki berkenaan pada ruangan kapsyen.
tengah lena diulit mimpi , ingat kan apa yg terang td pastu ada bunyi org mengaji.. toleh2 adui segan rasanya .. waktu2 mcm ni dia luangkan masa nya dgn sang pencipta ,
— Sapiksam (@sapiksam_) November 12, 2019
Allahu.. sorry @HaqiemRusli record senyap2 . pic.twitter.com/e5N6QkrK9a
Perkongsian itu nyata menarik perhatian peminat dan rata-ratanya memuji sifat Haqiem yang sentiasa merendah diri.
Hmm sapik ni. Nape cekik air mata org 3pagi 🤧
— QM’s.〽️ (@qmxsturxh) November 12, 2019
Dah tahu apa rahsia, dia selalu senang didampingi, rupanya Haqiem selalu mendampingi Allah
— Haswani_Saidin (@AlPalasi) November 13, 2019
Siap buat tahajjud, aura dia lain macam ni. Moga terus istiqamah dan selalu inspirasikan anak muda yg lain 👍👍
Semoga dipermudahkan bagi dia segala urusan olehNya. The other side of him yang mungkin tak ramai akan nampak. Thank you Sapik for this 😊
— am (@aciddmaula) November 12, 2019
Jika sahabat baik sendiri pun terkedu, apatah lagi kita semua. Dia buat secara diam2 ketika ramai sdg diulit mimpi. Tq @sapiksam_ kerana sudi berkongsi perkara baik sebegini. Yg penting, kita semua tidak pernah lupa padaNya walau kita berada dimana saja. ❤️❤️❤️
— Mama Sue (@cmeksue) November 12, 2019
Haqiem sebelum ini juga telah dipuji ramai kerana pernah memuatnaik foto peminat wanitanya yang sudah ditutup aurat.