Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Haqiem Rusli Bakal Bernikah Jumaat Ini, Gadis 19 Tahun Jadi Pilihan - “Saya Juga Akan Lancar Lagu Bermakna Tentang Kami Nanti”

Penyanyi popular, Haqiem Rusli akhirnya mengumumkan tarikh pernikahan dengan pasangan pilihannya pada 19 November ini.

Advertisement

Ridzuan Haqiem Rusli atau mesra disapa Haqiem juga berkongsi berita gembira itu di sebuah anugerah berprestij yang berlangsung pada Sabtu yang lalu.

“Saya berani nak beritahu tarikh pernikahan dengan gadis tu sebab ini benda baik kan jadi saya sampaikan lah kepada umum dan memohon juga doa yang baik-baik buat kami juga,” katanya ketika dihubungi JoHaRa Pagi ERA pagi tadi.

“Insya-Allah majlis tersebut akan diadakan pada Jumaat ini dan acara pernikahan berlangsung pada sebelah petang dan resepsi pula pada malamnya,” katanya.

haqiem rusli bakal bernikah jumaat ini, gadis 19 tahun jadi pilihan - “saya juga akan lancar lagu bermakna tentang kami nanti”

Malah, penyanyi ini juga berkongsi awal perkenalan bersama pasangan pilihannya itu ketika menjadi rakan kongsi perniagaannya.

“Dia adalah rakan perniagaan saya di mana kami berkenalan ketika saya membuka restoran Santhai Village sebelum ini,” katanya lagi.

haqiem rusli bakal bernikah jumaat ini, gadis 19 tahun jadi pilihan - “saya juga akan lancar lagu bermakna tentang kami nanti”

Tambahnya, Haqiem juga akan melancarkan single terbaharu, istimewa untuk pasangannya  ketika hari majlis pernikahan dan resepsi mereka nanti.

“Saya juga akan melancarkan sebuah single istimewa tentang kami, berjudul Hitam Saksi Putih masa majlis kami nanti,” ujarnya.

Pelantun lagu Mimpi itu memohon semua peminatnya agar mendoakan yang baik-baik sahaja untuk mereka berdua.

 

Oleh:  Muhammad Izwan Zainal

ERA Muzik Hit Terkini