Minggu lalu, tular gambar penyanyi Tergantung Sepi bersolat dibelakang pentas sehingga ada yang mendakwa penyanyi tersebut cuba menunjuk-nunjuk.
Dipetik daripada laman mStar Online, Haqiem Rusli memberitahu bahawa dia tidak berniat menunjuk perbuatannya itu, dan sejujurnya langsung tidak tahu ada peminat yang mengambil gambarnya dan menyebarkannya di laman sosial.
Advertisement

Menggunakan sampin sebagai sejadah, penyanyi tersebut mempunyai alasan tersendiri mengapa terpaksa menunaikan solat ditempat tersebut kerana lokasi surau yang agak berjauhan daripada pentas dan juga sudah terlambat.
Walaubagaimanapun, Haqiem Rusli tidak memendam perasaan marah terhadap peminat yang menyebarkan fotonya itu dan percaya ia berninat baik dan diharapkan memberi manfaat kepada orang lain.
Sumber: mStar Online & URTV