Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Harith Iskander, Dr Jezamine Sah Bercerai Talak Satu

harith iskander, dr jezamine sah bercerai talak satu

Pelawak, Harith Iskander atau nama sebenarnya Harith Iskander Musa, 57, dan Dr Jezamine Lim, 41, akhirnya sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, selepas 14 tahun, ikatan perkahwinan, hari ini.

Advertisement

Menurut peguam yang mewakili pasangan itu, Datuk Akberdin Abdul Kader, pihak mereka memfailkan dua permohonan iaitu perceraian dan nafkah.

Beberapa terma sudah dipersetujui oleh mereka termasuk berkaitan nafkah tiga anak mereka, manakala proses hak penjagaan anak (hadanah) pula akan diuruskan pada minggu depan.

Akberdin turut memaklumkan punca perceraian adalah kerana tiada persefahaman.

Terdahulu, Harith Iskander dan Dr Jezamine telah mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9 tahun.

 

Sumber: Astro Awani

ERA Muzik Hit Terkini