Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Terima Ugutan Santau, Haris Annuar Ambil Keputusan Buat Laporan Polis

Pelakon dan pempengaruh media sosial, Harris Annuar mengakui menerima mesej berbaur ugutan santau daripada seorang individu yang tidak dikenali.

terima ugutan santau, haris annuar ambil keputusan buat laporan polis

Advertisement

Menerusi hantaran di akaun Instagramnya, Harris mendedahkan mesej itu kepada pengikutnya apabila berasa risau dan bimbang mengenai mesej itu.

“Kau ingat ini, kau tunggu bila-bila masa aku boleh upah bomoh untuk santau kau. Ini bukan benda main-main aku serius.

“Aku janji nama Allah, aku akan buat santau kau. Jangan terlalu senang-lenang sangat. Aku tak kisah kau artis, kau raja mana-mana negeri ke, ini aku nak pesan dekat kau,” tulis mesej itu.

terima ugutan santau, haris annuar ambil keputusan buat laporan polis

Bagi menjamin keselamatannya, pelakon itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Shah Alam Seksyen 9 bagi menyiasat dalang disebalik mesej ugutan itu.

terima ugutan santau, haris annuar ambil keputusan buat laporan polis

Tambahnya, Harris juga memohon maaf secara terbuka jika pernah berlaku kesilapan yang lalu yang mungkin pernah dilakukannya.

“Di kesempatan ini, saya pun tak tahu sebenarnya saya salah apa atau dengan siapa. Tapi tak mengapa, saya tetap ingin minta maaf andai kata saya pernah menyakiti hati sesiapa atau membuat sesiapa merasa tidak selesa tanpa saya sedari,” katanya

Rata-rata warganet dan rakan artis turut menyokong tindakan Harris membuat laporan polis bagi menjamin keselamatannya di samping mencari individu yang tidak bertanggungjawab itu.

Sumber: Instagram Harris Annuar

ERA Muzik Hit Terkini