Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Hazama Kolaborasi Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad Dalam Sebuah Lagu

Penyanyi, Hazama berpeluang berkolaborasi bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyampaikan sebuah lagu berunsurkan patriotik bertajuk Anak Bangsa Malaysia.

hazama kolaborasi bersama tun dr. mahathir mohamad dalam sebuah lagu

Lagu yang bakal dilancarkan sempena sambutan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia tahun ini telah selesai dirakamkan termasuk proses memasukkan suara Perdana Menteri.

Advertisement

"Lagu ini telah siap direkodkan. Proses seterusnya adalah rakaman muzik video dan kami cuba untuk mendapatkan penglibatan Perdana Menteri dalam muzik video ini.

"Saya sendiri secara peribadi mahu bertemu dengan Tun kerana beliau merupakan pemimpin dunia yang dihormati," katanya kepada Kosmo! Online.

hazama kolaborasi bersama tun dr. mahathir mohamad dalam sebuah lagu

Tambah Hazama lagi, beliau juga tidak melibatkan diri dengan mana-mana fahaman politik dan menghormati sesiapa sahaja yang menjadi ketua negara.

ERA Muzik Hit Terkini