Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Hefny Sahad Tak Kekok Ke Berlakon Dengan Adik Bekas Kekasih …?

Hubungan cinta pengacara dan pelakon Hefny Sahad dengan aktress Uqasha Senrose berakhir sekitar 8 bulan yang lalu.

hefny sahad tak kekok ke berlakon dengan adik bekas kekasih …?

Advertisement

Terbaru, Hefny bergandingan dengan adik Uqasha, Raysha Rizrose dalam sebuah drama bersiri.

Dipetik daripada portal Astro Gempak, Hefny Sahad akui agak terkejut apabila diberitahu akan bergandingan dengan Raysha dalam drama tersebut.

hefny sahad tak kekok ke berlakon dengan adik bekas kekasih …?

Pada mulanya beliau mengakui terdetik adakah gandingan mereka akan kekok, namun disebabkan professional, pengambaran itu berjalan dengan begitu lancar walaupun mereka membawa watak sebagai pasangan kekasih.

"Alhamdulillah, biarpun kami membawa watak sebagai pasangan kekasih, kami profesional. Hubungan saya dengan Raysha di luar set penggambaran pun baik-baik sahaja.

"Selepas berpisah dengan Uqasha, saya memang mengekalkan hubungan baik dengan ahli keluarganya. Saya tak nampak sebab mengapa saya harus memutuskan hubungan yang baik dengan mereka,"
katanya pada Astro Gempak.

Sumber: Astro Gempak

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini