
Sumber: Harian Metro
Advertisement
Pengacara Hefny Sahad mengaku yang kini Uqasha adalah seseorang yang sangat istimewa di hatinya. Tapi hubungan mereka masih lagi di peringkat awal.
"Dia wanita istimewa yang mengisi kekosongan hidup saya sejak setahun lalu.
"Bagaimanapun kami masih dalam fasa mengenali hati budi dan berkawan rapat," katanya.
"Saya sengaja mengunci mulut mengenai hubungan ini kerana tidak mahu masyarakat menganggap kami sengaja mencari publisiti dengan menjaja kisah peribadi.
"Lagipun saya menghormati pendirian Uqasha yang tidak mahu terlalu terbuka. Biarlah orang lebih nampak hasil kerja seni kami,” katanya.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
