Henry Cavill yang dikenali dengan watak adiwira yang terkenal, Superman mengatakan beliau tidak lagi membawa watak terkenal itu.

Beberapa bulan lepas, Henry Cavill telah muncul di satu babak terakhir filem Black Adam sebagai Superman dan mendapat sambutan dan sorakan penonton yang menonton filem itu.
Advertisement
Namun awal pagi tadi Henry Cavill telah memberitahu kepada pengikut di instagramnya yang selepas berbincang dengan pengarah baru filem Superman James Gunn dan Peter Safran, Henry tidak lagi akan membawa watak itu.
Ini membuat kan ramai peminat filem DC kecewa dan bersedih. Henry walau bagaimanapun menerima keputusan oleh James dan Peter dengan hati yang terbuka dan hormati keputusan yang dibuat oleh mereka.
Sebagai tambahan, Henry Cavill juga tidak lagi membawa watak adiwira yang di inspirasikan oleh watak dalam permainan video terkenal, The Witcher demi memberi komitmen penuh sebagai watak Superman.