Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bertuahnya! Henry Golding Bakal Bintangi Filem Hollywood Adaptasi Novel Klasik

Pelakon terkenal antarabangsa Henry Golding bakal membintangi sebuah filem Hollywood yang diadaptasikan daripada novel klasik popular, Persuasion.

Henry juga turut teruja kerana ini merupakan penampilan sulungnya di dalam siri asli platform penstriman digital global.

Advertisement

bertuahnya! henry golding bakal bintangi filem hollywood adaptasi novel klasik

Difahamkan, Henry bakal bergandingan bersama pelakon Dakota Johnson yang memegang watak sebagai sepupunya bernama Anna Elliot.

Memetik laporan NewsBytes, novel klasik itu mengisahkan kisah kehidupan percintaan zaman moden Anna yang berusia 27 tahun.

bertuahnya! henry golding bakal bintangi filem hollywood adaptasi novel klasik

Akibat sikap angkuh keluarganya, Anna terperangkap dalam hidup penuh keegoaan dan pada masa yang sama berdepan muflis.

Bakat tempatan Malaysia berusia 34 tahun, Henry memegang watak sebagai William iaitu sepupu Anna yang bijak mengambil kesempatan.

bertuahnya! henry golding bakal bintangi filem hollywood adaptasi novel klasik

Penggambaran filem ini dikhabarkan bakal bermula sekitar bulan ini dan pelakon Henry Golding akan lebih berusaha keras bagi menjayakan karya ini.

Kejayaan yang tidak disangkal lagi apabila Henry menempa namanya di industri hiburan dunia pada tahun 2018 ketika membintangi filem pecah panggung Crazy Rich Asian.

Sumber: NewsBytes

ERA Muzik Hit Terkini