Umum mengetahui Selena Gomez sudah kembali bercinta dengan Justin Bieber selepas hubungan Selena bersama The Weeknd berakhir beberapa bulan lalu.


Advertisement
Namun, disebalik kegembiraan Selena dan Bieber, ada juga pihak yang tidak merestui hubungan mereka, iaitu ibu Selena sendiri, Mandy Teefy.

Menurut laporan sebuah portal luar negara, ahli keluarga Selena tidak mahu Selena menghabiskan masa bersama Bieber kerana bakal memberi pengaruh buruk pada Selena sendiri.
Hubungan Selena dan Bieber juga menyebabkan Selena bergaduh besar dengan ibunya, sehinggakan ibunya terpaksa dikejarkan ke hospital.

Selain itu, dalam laporan lain, Selena juga telah unfollow ibunya di Twitter kerana terlalu marah.
Sumber: Media Hiburan