Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Hyun Bin, Son Ye Jin Selamat Disatukan Dalam Majlis Perkahwinan Tertutup, Telan Belanja Lebih RM 590,000

Pasangan pelakon dari Korea, Son Ye Jin dan Hyun Bin akhirnya melangsungkan perkahwinan bersama apabila bercinta setelah membintangi drama popular Crash Landing On You.

Menurut agensinya Vast Entertainment, pohaknya memaklumkan kedua pasangan itu melangsungkan majlis secara tertutup sahaja.

Advertisement

hyun bin, son ye jin selamat disatukan dalam majlis perkahwinan tertutup, telan belanja lebih rm 590,000

Malah, majlis tersebut hanya menjemput ahli keluarga dan rakan terdekat saja serta dikawal dengan ketat keselamatannya.

Bermula 3.00 petang waktu Malaysia, Aston House menjadi lokasi perkahwinan mereka hari ini dengan anggaran kos keseluruhan menelan belanja sebanyak RM 590,000.

Rata-rata warganet gembira melihat pasangan ini melangsungkan perkahwinan dan berharap mereka berdua membina mahligai cinta yang lebih indah bersama-sama.

Sumber: Vast Entertainment

ERA Muzik Hit Terkini