Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ibu, Bapa Dan Adik Alif Satar Turut Disahkan Positif COVID-19

Selepas pelakon, penyanyi dan pengacara Alif Satar mengesahkan dirinya positif COVID-19, kini ibu bapa serta adik bongsu Alif juga disahkan positif wabak berkenaan.

Memetik laporan dari Astro Gempak, ibu bapa serta adik bongsu Alif iaitu Jim yang kini disahkan positif COVID-19 sedang mendapat rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Advertisement

Ia dimaklumkan oleh pengurus Alif, Adlina Abu Bakar yang juga mengesahkan dirinya adalah negatif dari COVID-19.

Alif kini sedang mendapat rawatan dan sedang menjalani kuarantin di sebuah hospital di Melaka, selepas disahkan positif pada Ahad.

Tambah lagi, isterinya, Sha Dila Hadid dan anak-anak Alif iaitu Alisha Anugerah, 5, Ariana Mecca, 3 dan Muhammad ‘Ali, 1, juga bakal menjalani ujian saringan COVID-19 hari ini.

ibu, bapa dan adik alif satar turut disahkan positif covid-19

Disamping itu, Alif juga meminta semua mendoakan anak dan isterinya dilindungi daripada jangkitan virus tersebut.

Sumber: Astro Gempak

ERA Muzik Hit Terkini