
Sumber: Hanasuva
Advertisement
Nama Neelofa memang sangat unik. Mungkin ramai menyangka ia mungkin nama glamor atau samaran pelakon dan pengacara popular, Neelofa. Tapi sebenarnya itulah nama sebenarnya iaitu Noor Neelofa. Neelofa bukanlah calang-calang selebriti.
Ibu Neelofa, Datin Noor Kartini mendedahkan bagaimana dia dapat idea untuk menamakan anaknya Neelofa. Segalanya bermula ketika dia keluar membeli barang di sebuah pasar raya di Kota Bharu dan terjumpa seorang wanita Pakistan.
“Ketika itu saya sedang mengandungkan Neelofa, saya ke pusat beli- belahHankyu Jaya bersama-sama dengan kakak saya untuk menemaninya bagi membeli produk kosmetik antarabangsa Lancome.
“Masih saya ingat gadis itu memiliki paras rupa yang sangat cantik, menyarung jubah hitam, sneaker dan tudung bawal putih. Dia menyapa saya, katanya dia kenalan kepada saudara saya. Neelofa namanya!
“Dari situlah saya terkenan dan saya nekad untuk menamakan bayi yang saya sedang kandung ketika itu dengan nama Neelofa. Jadi, nama Neelofa dan Lancome sendiri seperti ada jodoh yang kuat,” kata beliau lagi.

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
