Kemelut rumah tangga antara Datuk ND Lala dengan Fauziah Sarman semakin rumit selepas bekas isterinya mendakwa penyanyi terkenal era 80-an itu telah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga.
Advertisement
Fauziah mendedahkan bahawa ND Lala sudah bertahun lamanya tidak bekerja dan hanya menghabiskan duit hasil titik peluh anak sulung mereka, Shila Amzah.
Bukan itu sahaja, Fauziah turut mendedahkan bekas suaminya banyak menghabiskan masa dengan bermain golf bersama isteri baharunya, Siti Munirah.
“Kena sedar, kehidupan yang terbina sekarang hasil dari titik peluh seorang anak yang tidak pernah berkira untuk keluarganya, tetapi janganlah sampai menghabiskan dan bersenang-senang dengan rezeki yang dicari oleh anak.” jelas Fauziah menerusi laman Instagram peribadi miliknya.
Sumber Awani