Sejak minggu lalu tular dilaman sosial apabila vokalis kumpulan Seventeen, Ifan, didakwa berkhalwat bersama seorang model wanita yang dikenali sebagai Citra Monika dalam sebuah pangsapuri.

Advertisement
Ifan yang telah kehilangan isterinya, Dylan Sahara dalam kejadian tsunami Anyer, Banten, dilaporkan bakal berdepan hukuman jika disabitkan kesalahan.

Namun, Citra Monika menerusi akaun Instagramnya, @lambe_turah berkata, Ifan berada dilokasi itu kerana hanya ingin menumpang solat.
"Assalamualaikum saya Citra Monika ingin mengklarifikasi video yang beredar. Memang Ifan berada di pangsapuri saya. Ingin numpang solat dan kita nggak cuma berdua dan memang nggak ada apa-apa juga," jelasnya.
Video mereka ditangkap khalwat berdurasi 1 minit 54 saat memaparkan Ifan hanya berseluar pendek merah jambu dan baju T-Shirt hitam, keluar dari sebuah bilik selepas beberapa individu memasuki pangsapuri berkenaan.
Sumber: Tribunnews
