Iman Troye berkongsikan kejadian kemalangan kenderaan yang berlaku terhadap dirinya pada awal November sehingga dirinya mempunyai rasa trauma dan takut untuk memandu.
Dia berkongsikan kejadian itu berlaku sewaktu dalam hujan lebat sehingga mengakibatkan kenderaan yang di pandu olehnya gagal untuk dikawal.
Advertisement

Iman mengalami kecederaan ringan berikutan kemalangan itu, kakinya bengkak dan telinga bahagian kanan berdesing sehingga tidak boleh mendengar.
Dia turut berkongsikan bahawa dia tidak berani untuk memandu sendiri dan mengharapkan keluarga, kawan-kawan dan perkhidmatan kenderaan.
“Jadi, sekarang saya tidak berani memandu sendiri dan memang 100 peratus mengharapkan Grab, keluarga dan kawan-kawan sahaja” katanya melalui hantaran Instagram.
Semoga segala urusan Iman dipermudahkan.
Sumber Kosmo