Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Inginkan Anak Lelaki, Fasha Sandha Bersedia Untuk Buat Rawatan IVF

Fasha Sandha yang mendirikan rumah tangga bersama pelakon Aidil Aziz pada tahun 2019 lalu telah dikurniakan cahaya mata perempuan. Namun, Fasha mengidam untuk, memiliki cahaya mata lelaki pada tahun hadapan.

inginkan anak lelaki, fasha sandha bersedia untuk buat rawatan ivf

Fasha merancang untuk menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) atas keputusan bersama suaminya kerana ingin mendapatkan anak lelaki. Namun dia berserah kepada Allah kerana mereka hanya hamba yang mampu merancang.

Advertisement

Dia bakal berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan informasi dan nasihat berkaitan rawatan IVF sekitar tahun hadapan selepas selesai segala komitmen lakonan. Fasha bersedia untuk perlahankan kerjaya lakonan buat sementara dan dapat sokongan daripada suami tercinta.

“Jika buat IVF memang perlu perlahankan kerjaya lakonan kerana berlakon agak memenatkan terutama pada trimester pertama lagi perlu berjaga-jaga” kata Fasha.

Semoga segala urusan Fasha dan suami dipermudahkan.

Sumber Kosmo

ERA Muzik Hit Terkini