Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pertama Kali Muncul Di Khalayak Ramai, Adakah Ini Kekasih Mira Filzah?, ''Siapa Dia, Biarlah Rahsia..''

Sebelum ini timbul dakwaan bahawa pelakon, Mira Filzah akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini. Malah, khabarnya pelakon ini juga sudah dirisik dan akan bertunang pada September nanti.

penerbit drama harap mira filzah tak kahwin awal

Advertisement

Menerusi laporan sebuah portal tempatan, identiti individu yang dikatakan kekasih Mira Filzah ini telah dilihat bersama pelakon popular berkenaan pada majlis resepsi Farah Nabilah malam tadi.

pertama kali muncul di khalayak ramai, adakah ini kekasih mira filzah?,

Individu itu juga dikenali sebagai Wan Emir Astar yang juga merupakan seorang arkitek dan anak kepada bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Allahyarham Datuk Wan Mohamad Khairil Wan Ahmad yang telah meninggal dunia dalam insiden helikopter di Sarawak pada tahun 2016 yang lalu.

Beliau juga merupakan anak kepada YB Datin Mastura Mohd Yazid yang kini merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Wan Emir Astar (@wanemirastar) on

Difahamkan juga, Wan Emir Astar juga merupakan kenalan lama Mira Filzah sewaktu zaman belajar dahulu.

Namun begitu, Mira Filzah tetap dengan pendirian tidak mahu mengulas lanjut tentang status hubungannya kerana dianggap peribadi. Ini juga adalah bagi menjaga hati kedua-dua belah pihak keluarga.

Semoga yang baik-baik sahaja buat Mira Filzah.

Sumber

ERA Muzik Hit Terkini