Pelakon, Intan Najuwa baru-baru ini telah berkongsi mengenai persepsi ramai pihak mengenai penampilan fizikal seseorang.

Advertisement
Katanya, tak kisah seseorang itu gemuk atau kurus, ia tetap menjadi isu bagi mereka yang mempunyai hati yang tidak bersih.
“Kurus salah gemuk pun salah. Mulut orang tak boleh tutup. Takpelah yang penting hati tak busuk. Yang penting kurus macam lidi pun boyfriend sayang. K bye”, tulis pelakon berusia 21 tahun ini menerusi akaun Instagramnya.
Intan Najuwa kini mempunyai lebih 1 juta pengikut dilaman Instagram, tetap nampak cantik menawan meski memiliki tubuh genit.
