Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Iqram Terima Hadiah Dua Ekor Arnab Dari Mufti Wilayah Persekutuan

iqram terima hadiah dua ekor arnab dari mufti wilayah persekutuan

Sumber: Instagram @Dr Zulkifli Al-Bakri

Advertisement

Sebelum ini Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli al - Bakri ada bertemu Iqram Dinzly disebabkan masalah dan isunya yang viral. Pada Sabtu yang lalu, Iqram menerima hadiah dariapda Datuk Dr Zulkifli yang berupa beberapa buku tulisannya, jubah, kopiah dan dua ekor arnab. 

Bukan Iqram sahaja yang dapat, Johan yang menemani Iqram juga menerima buah tangan tersebut. 

"Setiap tanda ingatan yang kami berikan, sebenarnya ada hasrat tertentu yang ingin disampaikan untuk Iqram dan Johan."

"Kami hadiahkan beberapa buah buku tulisan kami kepada Iqram dan Johan untuk dibaca, dihayati dan diamalkan kandunganyya."

"Begitu juga jubah dan kopiah supaya terus istiqamah dan bersemangat dalam ibadah."

"Tidak lupa dua ekor arnab yang comel kami hadiahkan kepada Iqram, supaya beliau dapat meneruskan hobinya dengan lebih gembira dan tenang." jelasnya dalam kapsyen di Instagram. 

 

KUNJUNGAN LIQA' MAHABBAH @iqramdinzly DAN @johanarrif Alhamdulillah, pada petang yang mulia ini 20 Januari 2018 kami telah dikunjungi oleh saudara Iqram Dinzly dan Johan As'ari yang datang ke teratak kami. Kami mendengar banyak buah cakapannya dalam merentasi dan melayari kehidupan terutamanya isu yang berlaku dan melingkari dirinya sejak akhir-akhir ini. Kami amat memahami akan situasi yang dihadapi dan kami namakan pertemuan pada kali ini lebih kepada kunjungan serta taaruf antara kami dari pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan kedua-duanya. Sesungguhnya pertemuan yang dibicarakan dari hati ke hati boleh mengungkai sejumlah besar lingkaran kemelut kehidupan yang dihadapi. Kami yakin disana terdapat cahaya di hujung terowong kehidupan tatkala kita berpegang kepada tali Allah dengan penuh keimanan disamping makrifah ilmu dengan sedalamnya. Begitu juga kita sulami kehidupan dengan takwa dan taat. Terima kasih kepada mereka berdua dan rakan-rakan yang mengunjungi kami serta berbincang dengan kami dengan penuh kemesraan dalam liqa’ tersebut. Kami berdoa agar kita semua sentiasa ditaufiq dan dihidayahkan oleh Allah SWT. Setiap tanda ingatan yang kami berikan, sebenarnya ada hasrat tertentu yang ingin disampaikan untuk Iqram dan Johan. Kami hadiahkan beberapa buah buku tulisan kami kepada Iqram dan Johan untuk dibaca, dihayati dan diamalkan kandunganyya. Begitu juga jubah dan kopiah supaya terus istiqamah dan bersemangat dalam ibadah. Tidak lupa dua ekor arnab yang comel kami hadiahkan kepada Iqram, supaya beliau dapat meneruskan hobinya dengan lebih gembira dan tenang. Semoga hadiah yang tidak seberapa itu dapat mengikat hubungan persaudaraan kita untuk terus saling berhubung dan mengeratkan ukhuwwah. Akhukum fillah, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan #santaidrzulkiflialbakri

A post shared by Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri (@drzulkifli.albakri) on

iqram terima hadiah dua ekor arnab dari mufti wilayah persekutuan

iqram terima hadiah dua ekor arnab dari mufti wilayah persekutuan

 

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini