Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Iqram Dinzly Sedia Berjumpa Mufti Wilayah Persekutuan Dengan Ibu Disisi

Sumber: Instagram @iqramdinzly 

Semalam Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menulis surat terbuka buat pelakon Iqram Dinzly melalui Facebook. Menurut surat tersebut, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri  menjemput Iqram untuk berbual dan menceritakan apa terjadi dan memberi nasihat kepadanya. 

Advertisement

Terbaru, dalam satu post panjang di Instagram, Iqram bersetuju menerima pelawaan tersebut. Bagaimanapun, Iqram menjemput agar Mufti ke tempatnya memandangkan Iqram kini menjaga ibunya dan ibunya tak boleh ke mana-mana kerana masih dalam tempoh iddah. 

 

Kenapa ? Mengapa ? Bagaimana ? Kenapa orang #Malaysia sukar faham dengan #BahasaMalaysia ? Mengapa #rakyatMalaysia hilang #budibahasa ? Pernahkah terfikir Syurga Neraka milik mutlak Hak Nya Yang Maha Esa . Ketika hamba diuji mahupun diduga , hanya segelintir jiwa yang sudi bersama . Ada yang lari ada yang pergi , ada langsung tidak nampak muka malah terus mencaci lagu menghina . Namun hamba redha ! Hamba bersyukor dengan segelintir yang menerima hamba baik burok seadanya dikala hamba derita dalam bahagia , tenang tanpa adanya makhluk berpura - pura . #papakukembali & tinggallah daku dengan #mamakuiddah4bulan10hari . Salahkah aku berjuang dan berkorban demi manusia yang melahirkan aku ? Salahkah aku memegang amanah manusia raja dalam keluargaku ? #terimakasih Sahabat - sahabat serta kekanda - kekanda hamba terutamanya keluarga hamba yang FAHAM dengan diriku . #janganbikinkerjatuhan @bawaabata.merebucks tetap hamba perjuangkan . Buat Mufti Wilayah @drzulkifli.albakri Yang hamba hormati , hamba mengucapkan bebanyak terima kaseh kerna sudi prihatin dengan apa yang terjadi . Maaf sekiranya hamba menolak untok berjumpa dengan tuan hamba di #kualalumpur untok berkomunikasi . Lebih afdalnya , hamba jemput tuan hamba sudi ke #TalaqqiDinzlyStudio untok mengupas lebih mendalam segala yang terjadi bersama bonda disisi dan fahami lebih situasi yang terjadi . Kerna hamba hormat keputusan bonda yang tidak mahu kemana - mana selagi maseh iddah dan beliau sedang usaha untok bersemangat kerana terlalu rindu terhadap ayahanda hamba , #papakuterlantarlagi . Harap memahami dan insyaAllah atas izin Illahi ini semua terjadi . #pergilahmatinegativiti Harap penulisan hamba yang tiada apa - apa lagi marhain hinanya ini disambut baik tanpa rasa diri hamba hebat mahupun bongkak rasa . Besar hati menerima kehadiran Tuan Hamba untok ber #kongsirasadanrahsia bersama bonda hamba & #dinzlyfamily pun jua . Sekiranya sudi hamba jemput selepas #newyear nanti , hamba akan personally hubungi Tuan Mufti . ✌️😜👍 ________ #prinxchiqydinzly | #iqramdinzly Fidyahkan #Alfatihah buat ayahanda beta mahupun kami #dinzly sekelurga . #pray4iqramdinzly #pray4dinzlyfamily

A post shared by DR. Princhiqy Dinzly (@iqramdinzly) on

 "Lebih afdalnya , hamba jemput tuan hamba (mufti) sudi ke #TalaqqiDinzlyStudio untuk mengupas lebih mendalam segala yang terjadi bersama bonda disisi dan fahami lebih situasi yang terjadi"

" Kerna hamba hormat keputusan bonda yang tidak mahu kemana - mana selagi masih iddah dan beliau sedang usaha untuk bersemangat kerana terlalu rindu terhadap ayahanda hamba," tulisnya. 

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini