Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Peminat Adiwira Terkejut Iron Man ‘Unfollow’ Semua Bintang MCU

Pelakon popular, Robert Downey Jr membuatkan para peminat Marvel terkejut apabila dilihat tidak lagi mengikuti semua bintang Marvel Cinematic Universe (MCU) di laman Instagram.

peminat adiwira terkejut iron man ‘unfollow’ semua bintang mcu

Advertisement

Pelakon berusia 56 tahun menyebabkan ramai peminat setia tertanya-tanya tindakannya itu dan beranggapan pelakon itu mungkin mahu memutuskan hubungan dengan semua perkara berkaitan Marvel.

“Nampaknya Robert DowneyJr ‘membersihkan’ rakan-rakannya Marvel di Instagram,” komen seorang pengguna Twitter.

“Saya tidak bersedia untuk ini, ia seperti berakhirnya sebuah era,” komen warganet lain.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku Mr Stark, mengapa anda tidak lagi mengikuti rakan-rakan MCU?” tanya seorang peminat.

peminat adiwira terkejut iron man ‘unfollow’ semua bintang mcu

Walaupun wataknya Tony Stark dan Iron Man ditamatkan sebagai hero dalam Avengers: Endgame, pelbagai spekulasi bahawa Downey akan kembali bersama MCU.

Kini, pelakon itu hanya mengikuti 43 akaun sahaja di Instagram dan kesemuanya bukan pelakon.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini