Pelakon, Isa Khan akhirnya sudah mendedahkan identiti teman wanita misteri yang menjadi sebutan netizen sejak minggu lalu.

Advertisement
Menerusi Instagram, beliau memuatnaik foto memangku seorang wanita dipercayai kekasihnya dan memberi bayangan bahawa beliau kini sedang berbahagia.

"Sayang, kamu telah muncul dalam hidup aku pada saat aku tak punya siapapun.
"Kamu telah memberi segala erti dan semangat yang baharu dalam hidup aku.
"Kamu telah menerima dan mempercayakan aku walaupun banyak manusia jahat cuba untuk meracuni fikiran kamu, kamu tetap berani untuk mencintai aku.
"Walaupun semuanya terjadi dengan sangat cepat, aku berasa sudah sangat kenal sama kamu. Kamu seorang wanita yang sangat sempurna, sayang," tulisnya.
Isa bagaimanapun memohon maaf kepada media kerana masih belum bersedia mendedahkan hal sebenar kepada umum.
Menjengah keruangan komen, rata-rata warganet membuat andaian bahawa wanita itu adalah pelakon cantik, Risteena. Ia berikutan tindakan aktress wanita itu yang memuatnaik foto dan video bersama seorang lelaki dengan emoji love pada wajah.
