Skip to main content

Advertisement

Hiburan

IShowSpeed Simpan Hasrat Mahu Berpuasa Penuh Sebulan, Jelaskan Erti Sebenar Ramadan Kepada Adik

ishowspeed simpan hasrat mahu berpuasa penuh sebulan, jelaskan erti sebenar ramadan kepada adikFoto: YouTube

Personaliti YouTube terkenal, IShowSpeed mencetuskan perhatian apabila menyatakan hasrat untuk menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Advertisement

Menerusi satu video yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya, Darren Jason Watkins Jr. dilihat berbual bersama adiknya, Jamal ketika berada di dalam kereta.

Dalam perbualan santai itu, dia secara terbuka berkongsi keinginannya untuk berpuasa penuh selama 30 hari.

“Ramadan sudah dekat dan saya ingin ikut berpuasa,” katanya.

Youtuber terkenal itu bagaimanapun turut menjelaskan bahawa Ramadan bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum, sebaliknya melibatkan disiplin serta kawalan diri dari terbit matahari hingga terbenam.

“Tidak boleh makan atau minum dan puasa sebenarnya mengajar diri kita menjadi berdisiplin,” jelasnya kepada Jamal.

 

 

Reaksi adiknya yang terkejut turut mencuri perhatian apabila mengetahui tempoh puasa berlangsung selama sebulan.

“Saya ingat sehari, tapi satu bulan?” soal Jamal dalam nada terkejut.

Dalam video tersebut, IShowSpeed dilihat bersungguh-sungguh menerangkan bahawa Ramadan merupakan bulan yang istimewa buat umat Islam dan dianggap sebagai momen penuh makna.

Dia juga menyifatkan tempoh itu sebagai sesuatu yang ‘magis’ kerana nilai kerohanian dan pengorbanan yang terkandung di dalamnya.

Sebelum ini, dia pernah berkongsi pengalamannya berpuasa pada Ramadan 2023, namun tidak pernah membuat sebarang pengumuman rasmi mengenai pegangan agamanya.

Perkongsian terbaharu ini sekali lagi mencetuskan perbincangan dalam kalangan peminat, khususnya apabila beliau secara terbuka menunjukkan minat untuk memahami dan menghayati pengalaman berpuasa seperti umat Islam di seluruh dunia.

Sumber: Instagram

ERA Muzik Hit Terkini