Datin Suliza Salam, ibu kepada penyanyi muda terkenal l, Ismail Izzani menafikan dakwaan dan tuduhan menerusi edaran DM Instagram yang mengatakan anaknya itu berkahwin secara diam-diam.
Datin Suliza dan Ismail Izzani ada menerima DM yang sama dan berharap agar semua pihak tidak terpengaruh dengan tuduhan yang tidak berasas berkenaan. Datin Suliza juga berkata “Gambar berkenaan diambil ketika Ismail menghadiri majlis perkahwinan rakannya, Amin Daniel. Kebetulan dia berada di situ dalam gambar berkenaan.
Advertisement

Tambah beliau “Yang hantar DM ni mungkin dia sakit hati ke apa… Kita nak jaga sensitiviti kita tahan je hati ni bila orang fitnah kita,” katanya ketika dihubungi Gempak. Ismail berkata pada ibunya, beliau terkilan apabila netizen mengatakan benda yang tidak baik dan melibatkan anak orang.
Apabila bertanyakan sama ada Ismail Izzani kini sedang menjalinkan hubungan atau masih single, Datin Suliza menjawab: “Selagi dia belum bertunang atau berkahwin, dia single… Tapi tanya jelah dia,” kata beliau sambil ketawa.