Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tidak Mahu Hipokrit, Ismail Izzani Akui Masih Lagi Berkunjung Ke Kelab Malam

 

tidak mahu hipokrit, ismail izzani akui masih lagi berkunjung ke kelab malam

Pernah terpalit dengan isu kontroversi sebelum ini yang mengaitkan dirinya berkunjung ke kelab malam, Ismail Izzani memberitahu dia tidak mahu menjadi hipokrit. Malah dia mengakui masih lagi mengunjungi ke kelab malam tetapi dia menambah dia mengetahui tentang batas-batas sebagai seorang muslim.

Advertisement

Ismail Izzani mengatakan dia hanya insan biasa yang juga melakukan kesilapan seperti orang lain. Ada masanya dia mahu berseronok dan meluangkan masa bersama kawan-kawan di kelab malam.

"Kita tak boleh puaskan hati semua orang. Kita tak boleh suruh atau paksa orang sayang kita.

"Bagi saya, siapa yang betul-betul sokong, saya sangat-sangat menghargainya. Haters (orang yang membenci) juga banyak membantu.

Selain itu sebagai seorang selebriti, dia tahu keberadaannya di tempat yang tidak elok boleh menjadi perhatian dan buah mulut orang ramai.

Sumber: Cerita Artis Malaysia

ERA Muzik Hit Terkini