Ibu kepada penyanyi Ismail Izzani, Datin Suliza Salam telah mencuri perhatian warganet selepas tampil menunjukkan bakat menari bersama anak-anaknya.

Advertisement
Menerusi laman sosial Instagram @ismailizzani_, beliau telah berkongsi klip video tarian mereka sekeluarga dengan kapsyen, "Ini yang terjadi bila saya cabar ibu untuk menari, hahahaha".


Video berdurasi 20 saat bersama kakaknya nyata membuatkan ramai pengikutnya teruja kerana pertama kali melihat bakat tarian daripada ibu penyanyi tersebut.

Sehingga artikel ini ditulis, video tarian tersebut mendapat lebih daripada 300 ribu tontonan di Instagram.
Sumber: Instagram