Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kenal Sejak Sekolah Menengah, Ismail Izzani Enggan Sorok Kisah Cinta

Penyanyi, Ismail Izzani tidak menjadikan alasan muda untuk merahsiakan hubungan cintanya.

kenal sejak sekolah menengah, ismail izzani enggan sorok kisah cinta

Advertisement

Menurutnya, hubungan percintaannya bersama penyanyi baharu, Shalma Eliana bukanlah satu perkara yang salah hingga perlu disembunyikan.

kenal sejak sekolah menengah, ismail izzani enggan sorok kisah cinta

Malah, kedua-dua keluarga mereka juga sudah sedia maklum akan perhubungan mereka.

"Apabila terbuka, kami dapat berkongsi lebih banyak dan apa yang dikongsikan di laman sosial bukan benda buruk. Saya tahu ia tetap ada sisi negatif dan positif, mengikut cara seseorang memandang sebab pandangan setiap orang berbeza.

"Sesetengah orang positif akan nampak kami saling memberikan motivasi antara satu sama lain, apatah lagi kami dalam industri yang sama.

"Memandangkan Shalma masih baru dalam industri dan dia pun sedang membina nama, jadi kami lebih banyak berkongsi soal kerjaya. Malah, kami sentiasa mengingatkan diri perlu fokus pada diri dan kerjaya dahulu,", katanya.

Menceritakan detik perkenalan mereka, Ismail berkata ia bermula sejak dari Tingkatan 2 ketika Shalma memilih lagu nyanyian Ismail bertajuk Sabar sebagai cover pertamanya di YouTube.

"Awalnya, saya ingatkan Shalma seorang yang bercita rasa tinggi. Waktu kami di tingkatan 3, saya pernah keluar dengannya bersama rakan lain dengan hanya berbekalkan RM20 dalam poket. Saya tiada keyakinan nak bercakap dengannya ketika itu.

"Bagaimanapun, Shalma ada menghantar mesej langsung (DM) pada 2018. Dia memberitahu lagu 'cover' pertamanya adalah lagu saya, Sabar. Saya teruja sebab daripada tingkatan 2 saya memerhatikannya.

"Dari situlah, kami mulai berhubungan dan apabila bertemu. Saya terkejut kerana Shalma seorang yang ringkas. Keperibadiannya juga bersahaja, itulah yang membuatkan saya tertarik,"

Sehubungan itu, Ismail berkata, mereka sering menyokong antara satu sama lain dan menjadi tulang belakang khasnya dalam kerjaya.

Sumber: BH

ERA Muzik Hit Terkini