Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Selepas Yuna, Ismail Izzani Pula Ingin Berkolaborasi Dengan BTS. On Tak On?

Baru-baru ini, penyanyi, Yuna, meluahkan hasrat ingin berkolaborasi bersama kumpulan Kpop, BTS dan mendapat pelbagai reaksi daripada peminat.

selepas yuna, ismail izzani pula ingin berkolaborasi dengan bts. on tak on?

Advertisement

Baca: Peminat Teruja Bila Yuna Rancang Kerjasama Dengan BTS

Terbaru, penyanyi, Ismail Izzani, turut meluahkan hasrat ingin berkolaborasi bersama kumpulan BTS, ketika beliau muncul dalam sebuah program Youtube Korea Selatan, Blimey, awal minggu ini.

“Ini semua hanyalah angan-angan saya sahaja tapi saya ingin berkerjasama dengan BTS kerana pada saya, jika seseorang itu berusaha keras, keajaiban akan berlaku.

“Sekarang pun, saya bekerja keras menghasilkan muzik saya sendiri, mana tahu satu hari nanti saya dapat bertemu dengan mereka, siapa tahu?,” katanya.

Rata-rata peminat turut mendoakan agar kolaborasi itu menjadi realiti.

selepas yuna, ismail izzani pula ingin berkolaborasi dengan bts. on tak on?

Nak cari fesyen macam BTS dan Ismail Izzani? Klik je kat sini sekarang!

Sumber: Media Hiburan

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini