
Ismail Izzani yang berumur 18 tahun sepatutnya mengambil SPM tahun lepas. Tapi disebabkan masalah teknikal, jadi dia terlepas untuk ambil peperiksaan tersebut.
Advertisement
Dia juga memilih untuk tak ambil SPM pada tahun ni. Senang cakap dia memang tak nak ambil SPM lah. Tapi, dia tetap menyimpan impian untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.
“Saya mahu mengambil jurusan komunikasi media kerasa saya cenderung ke arah itu selain muzik. “ Cerita dia pada wartawan Utusan Online.
Penyanyi yang baru mengeluarkan single berjudul "Luar Biasa" ini mungkin akan mendaftar dengan mana-mana IPTS yang mengambil pelajar tanpa keputusan SPM.
Walau apa sekalipun, kami nak ucapkan good luck buat Ismail Izzani. Teruskan membina kerjaya demi menjamin masa depan.
Sumber: utusan online