Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Isteri Afiq Muiz Dibiar Ibarat Gantung Tak Bertali

isteri afiq muiz dibiar ibarat gantung tak bertali

Isteri kepada pelakon Afiq Muiz, Pachara Apin membuat permohonan tuntutan fasakh terhadap suaminya di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling pagi tadi. Tuntutan fasakh dibuat disebabkan oleh Afiq Muiz tidak memberikan kerjasama dalam tuntutan penceraian yang dibuat sebelum ini pada bulan Ogos 2022.

Advertisement

Peguam bela Pachara, Pn.Suriati mendedahkan bahawa Afiq Muiz telah menghilangkan diri tanpa meninggalkan sebarang alamat atau lokasi kediaman rumahnya. Setiap sebutan kes juga tidak dihadiri oleh pelakon itu.Pachara ibarat “gantung tidak bertali” sejak Mei 2021 sehinggalah ke hari ini. Afiq Muiz dikatakan hilang tanpa berita dan tidak memberi sebarang nafkah zahir mahupun batin.

Walaubagaimanapun, perbicaraan seterusnya akan berlangsung pada 6 April ini. Pachara difahamkan akan hadir bersama saksi bagi sebutan semula kes ini.

.

Sumber: Official Hlive

ERA Muzik Hit Terkini