Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Isteri, Anak-Anak Dan Rakan Artis Alif Satar Negatif COVID-19

Selepas pelakon, penyanyi dan pengacara Alif Satar membuat pengesahan bahawa dirinya positif COVID-19, beberapa rakan artis termasuk isteri dan anak-anak beliau menjalani ujian swab bagi mengesan virus berkenaan.

lepas alif satar positif covid-19, rakan artis jalani ujian saringan

Advertisement

Semalam, pengurus Alif, Adlina Abu Bakar telah disahkan negatif daripada virus berkenaan selepas beliau menjalani ujian berkenaan.

Terbaru, isteri Sha Dila Hadid dan anak-anak Alif iaitu Alisha Anugerah, 5, Ariana Mecca, 3 dan Muhammad ‘Ali, 1, turut disahkan negatif dan bebas daripada wabak tersebut. Begitu juga dengan beberapa rakan artis seperti Hael Husaini, Ernie Zakri, Syamel dan Amira Othman yang juga disahkan negatif COVID-19.

isteri, anak-anak dan rakan artis alif satar negatif covid-19

Bagaimanapun, ibu, bapa dan adik bongsu Alif iaitu Jim disahkan positif COVID-19, dan kini sedang menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Alif kini sedang mendapat rawatan dan sedang menjalani kuarantin di sebuah hospital di Melaka, selepas disahkan positif pada Ahad.

Sumber: Instagram

ERA Muzik Hit Terkini