Pelakon dan penyanyi, Irwansyah membuat pengakuan bahawa isterinya, Zaskia Sungkar dahulunya sering bersikap seperti kanak-kanak, malah sering juga meminta untuk berpisah.

Menurut laporan dari portal Detik Hot, sepanjang hampir 10 tahun bersama, banyak cabaran yang mereka lalui bersama.
Advertisement
“Oh dia childish sangat! Kalau dulu macam budak-budak sangat, kalau gaduh ya kami gaduh. Sekarang Alhamdulillah jarang bergaduh lagi.
"Selalu dia (Zaskia Sungkar) cakap dengan saya mahu cerai... mau cerai!
"Usia sangat mempengaruhi... dulu masih macam budak-budak. Apa-apa sekarang dah malas nak gaduh kerana masalahnya itu-itu sahaja," kata Irwansyah semasa ditemubual Ashanty dalam laman YouTube.
Irwan dan isteri yang berkahwin sejak 15 Januari 2011, bakal menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.

"Teruja sangat, tapi untuk beli barang bayi mama yang belikan. Sekarang bilik kami sedang dibesarkan untuk dipersiapkan bilik anak sekali.
"Yang kecoh bukan sebab nak berbelanja tapi masa melihat anak melalui imbasan, itu lebih teruja nak tahu baby buat apa!" ujarnya.
Sumber: Detik Hot